contact
Test Drive Blog
twitter
rss feed
blog entries
log in

Friday, June 25, 2010


Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg mendatangkan keburukan kepada kita.

Di bawah ini terdapat 24 perkara-perkara yg jangan dilakukan yg seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri:

1. Jangan sengaja melewatkan solat.Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis lalu mengotorkan seluruh rumah kita..

3. Jangan makan/minum dalam bekas yg pecah/sumbing.Makruh kerana ia merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yg telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan..

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan makan tanpa membaca basmalah dan doa makan. Nanti makanan yg dimakan adalah dari muntah syaitan..

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan/kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan..

8. Jangan pakai kasut/selipar yg berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa..

10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja.Banyak keburukan dari kebaikan..

11. Jangan menangguhkan taubat jika telah membuat dosa kerana ajal maut boleh datang pada bila-bila masa sahaja..

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.

14. Jangan lupa untuk bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita.Nanti sombong bila berjaya dan kecewa bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur kita dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan oleh ALLAH s.w.t

19. Jangan terlalu susah hati terhadap urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan tempat kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22. Jangan lupa membaca basmalah dan memberi salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kapada-Nya.

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan kerana semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.

0

0 comments:

Post a Comment

Followers